Nuha Playdate

FUN TO PLAY

Program Nuha Playdate adalah khas untuk anak- anak berumur 5 hingga 7 tahun. Sesi akan dijalankan secara individu (1 to 1).
Sesi adalah untuk anak-anak perkembangan Tipikal. Sesuai juga untuk anak-anak Speech Delay dan anak berkeperluan khas (mild).
Ramai anak-anak di peringkat awal perkembangan mempunyai Isu seperti :
Program Nuha Playdate direka khas bagi membantu Ibu bapa untuk bersama-sama dan belajar membantu kesediaan anak untuk Bermain dan Berkomunikasi.
** Bagi anak-anak berkeperluan khas WAJIB menjalankan Sesi Penilaian oleh Terapis NuhaVengers bagi melihat tahap kesediaan anak untuk menghadiri sesi berkumpulan.

Peringkat Umur :

3 Hingga 5 Tahun

Sesi :

6 kali sesi sepanjang 3 bulan

Dengan pengunaan teknik 2M + 2M + 3M program ini menggalakkkan anak anak bermain dan berada dalam kumpulan. Kemahiran sosial amat penting di dalam perkembangan pertuturan dan komunikasi.

Di dalam terapi berkumpulan di mana medium utamanya ialah Bahasa Inggeris dan menekankan aspek komunikasi dan sosial yang berkesan.
Kami menyediakan modul khusus yang diadakan pada hujung minggu selama 1 jam. Modul ini akan dilaksanakan oleh tenaga pengajar yang terlatih di dalam kelas secara berkumpulan dalam ration yang kecil.

Kebaikan program ini adalah :

Matlamat program ini adalah :

Image

Siapa Perlu Hadir?

    • Untuk Ibu Ayah yang tiada masa untuk meluangkan masa bersama anak
    • Untuk Ibu Ayah yang ingin membantu anak kesediaan bermain & berkomunikasi
    • Untuk anak yang tidak minat bermain
    • Untuk anak yang tidak mempunyai komunikasi berkesan
    • Untuk ibu bapa yang ingin melatih anak mereka bersosial
    • Untuk membantu anak yang lewat bercakap dan sukar bersosial
    • Untuk ibu bapa yang tiada masa pada hari biasa untuk kelas terapi

Klik Untuk Mendaftar

Kenapa Kami

Modul Utama Nuha

  • Main & Meneroka (2M)
  • Moral & Mengaji (2M)
  • Menulis , Mengira , Membaca (3M)
Image
2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.
Image
Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.
Image
Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00