Tentang

Guru Pendidikan Khas & Guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak

Guru merupakan Tenaga Pendidik yang penting dalam memastikan Program Persekolahan di NuHa berjalan dengan lancar.
NuHavengers juga terdiri daripada Graduan Guru Pendidikan Awal Kanak-kanak atau Pendidikan Khas yang menjadi Tenaga Pendidik di Program NuHa. Mereka mempunyai pengetahuan asas tentang perkembangan kanak-kanak & dapat mengaplikasikan apa yang dipelajari ke dalam konteks pembelajaran di NuHa.
Mereka diberi latihan oleh Konsultan dan Senior Terapis dan saling menggunakan Teknik Transdisciplinary approach di mana mereka turut sama-sama mengadaptasi teknik yang digunakan mengikut Keperluan dan kehendak Pelajar.
Kenapa Kami

Modul Utama Nuha

  • Main & Meneroka (2M)
  • Moral & Mengaji (2M)
  • Menulis , Mengira , Membaca (3M)
Image
2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.
Image
Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.
Image
Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00