Di NUHA, Kami Membantu Anak Mencari Potensi Mereka!

Setiap anak memiliki Kepandaian yang tersendiri. Hanya yang membezakan mereka adalah keunikan Potensi masing-masing.

Terapis di NuHa akan menilai setiap anak dan kemudian akan menganalisakan setiap komponen. Dari komponen komponen tersebut , aktiviti untuk anak itu akan disesuaikan mengikut umur perkembangan serta minat seseorang.

Image

Jumlah Pelajar

0
Mengikut Paul McLean yang merupakan Neurosaintis dan Doktor yang banyak melakukan kajian terhadap perkembangan Otak , di dalam Teori Triune Brain mengatakan perkembangan Otak terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Otak Reptilia , Otak Limbik dan Bahagian NeuroKorteks. Mengikut Teori ini fasa perkembangan Otak yang berlaku dalam 3 fasa haruslah disemai dan diberi stimulasi yang bersesuaian dengan umur perkembangan.
2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.
Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.
Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.
Modul berasaskas 2M + 2M + 3M ATAU 7M ini bukan sahaja menggunakan satu Teknik sahaja tetapi pelbagai Teknik diadaptasi ke dalam kokurikulum demi membantu kemahiran setiap pelajar.
Antara teknik yang diadaptasi ke dalam Modul NuHa adalah Sensory Integration, Brain Gym, Movement Therapy , Hanen & PECS method. Setiap Teknik sentiasa dikemas kini oleh Tim Research & Development untuk memastikan setiap anak mendapat stimulasi yang bermanfaat untuk perkembangan mereka.
Image

Our Specialities

Customize Intervention

Setiap dari anak kita mempunyai keunikan dan kekuatan masing-masing.

Kita juga ada Kepelbagaian kecerdasan atau Multiple Intelligence yang harus diraikan. Menurut Teori dari Dr Howard Gardner (1983) seorang Professor dari Universiti Harvard mengatakan bahawa hanya menguji seseorang dari sudut IQ sahaja sangat melimitasikan pencapaian seseorang. Dr. Gardner mencadangkan 8 jenis Multiple Intelligence untuk kita menilai Potensi setiap anak kita. Kepelbagaian Kepandaian ini termasuk :
    • Linguistic atau Word Smart
    • Logical - Mathematical atau Number Smart
    • Spatial Intelligence atau Picture Smart
    • Bodily Kinesthetic Smart atau Body Smart
    • Musical Intelligence atau Music Smart
    • Interpersonal Intelligence atau People Smart
    • Intrapersonal Intelligence atau Self Smart
    • Naturalist Intelligence atau Nature Smart
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00