Profil Kami

Nuha Kids menawarkan Program untuk Kanak Kanak Tipikal dan Istimewa dari umur 0 hingga 15 Tahun.

Nuha Kids merupakan sebuah Pusat Perkembangan Kanak Kanak yang menawarkan Program Pendidikan yang Holistik yang tidak terhad kepada Akademik tetapi menyeluruh dan mengikut Tahap perkembangan Individu.
Nama Nuha dipilh berdasarkan pendekatan yang lebih kepada memperkuatkan asas kepada perkembangan kanak-kanak. ‘Nuha’ yang berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘bijak’.
Kami menawarkan pelabagai Program dari Sesi Individu ke sesi Berkumpulan di mana setiap Program dan aktiviti mendapat Konsultasi dari Pakar Terapis Perkembangan Kanak Kanak. Dengan menwarkan persekitaran yang mampu merangsang perkembangan minda dan juga sosial kanak-kanak, Program di Nuha amat sesuai untuk setiap Anak anak.
Signifikan dengan nama ini adalah kerana berpandukan teori yang diketengahkan oleh Jean Ayres (1970) bahawa untuk membolehkan seseorang individu dapat berdikari dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran , individu perlu bijak menggunakan dan mengimbangi kesemua sensori (deria) yang ada ada tubuh badanya.
Perkhidmatan kami yang menekanankan penjagaan yang naturalistik. Kami percaya setiap anak mempunyai tahap perkembangan yang berbeza.
Pendidikan kami adalah holistik dan menyeluruh dalam setiap aspek. Bermula dengan integrasi setiap reflex dan juga sensori, perkembangan motor kasar dan halus, regulasi emosi, perkembangan akademik dan mampu berdikari dalam kehidupan harian. Kami juga mambantu individu untuk menggunakan kemahiran yang diajar ke dalam komuniti.
Teknik kami yang dimodifikasi daripada kurikulum antarabangsa adalah unik dan bertujuan untuk mencari potensi setiap anak. Nuha menggunakan pendekatan yang unik, kreatif dan innovatif kerana dalam pendekatan terapis carakerja (OT) dan terapis pertuturan (ST), setiap kanak-kanak adalan insan yang unik dan setiap satu mempunyai cara belajar yang berbeza. Dan dengan menggunakan pendekatan ‘terapi permainan’ kerana bermain adalah pekerjaan bagi kanak-kanak . Dengan pendekatan ini secara tidak langsung dapat meningkatkan dan mendedahkan kanak-kanak dengan pelbagai kemahiran berguna agar lebih berdikari. Setiap terapi yang diberikan adalah berpandukan keperluan perkembangan mereka, terancang dan berstruktur.
Kami percaya hubungan antara tenaga pengajar dan mereka yang terlibat di dalam kehidupan individu istimewa perlulah aktif dan positif. Di Nuha setiap terapis dan gurunya sentiasa akan memperkembangkan ilmu dan akan memberi pilihan terapeutik bagi setiap kanak-kanak. Kami akan sentiasa membuat pembaharuan terhadap intervensi kami agar bersesuaian dengan kanak-kanak berkeperluan khas. Kami juga akan memberikan perkhidmatan sokongan kepada ibu bapa dengan ceramah, konsultasi dan latihan asas kepada ibu bapa.
Kenapa Kami

Modul Utama Nuha

  • Main & Meneroka (2M)
  • Moral & Mengaji (2M)
  • Menulis , Mengira , Membaca (3M)
Image
2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.
Image
Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.
Image
Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00