Special Education Program

MOVE TO GROW

Kelas untuk INTERVENSI AWAL di mana Pendekatan dan Tekniknya amat sesuai untuk perkembangan anak berumur 3 hingga 7 tahun. Pedekatan yang diaplikasi ketika program dijalankan dapat membantu perkembangan anak kerana perkembangan anak paling pesat semasa umur 3 hingga 7 tahun.

Peringkat Umur :

3 Hingga 7 Tahun

Sesi Persekolahan :

Isnin – Jumaat
Sesi Pagi : 9.00A.M – 12.15P.M
Sesi Petang : 2.00P.M – 5.15P.M
Sesi Full Day : 9.00A.M – 5.15P.M

Program kami berasaskan kepada modul 2M + 2M + 3M di mana setiap Tahap anak akan dinilai tahap Kesediaan Perkembangan Otak. Setiap anak dinilai keperluan dan keunikan mereka & digunakan sebagai kekuatan untuk mereka menyerap lebih banyak input ketika Program dijalankan.

Aktiviti kami berfokus untuk menyediakan anak ke sekolah. Selain itu Program ini turut fokus dalam memantapkan asas perkembangan iaitu Stimulasi Sensori dan Refleks. Asas ini amat penting demi mencapai matlamat kesediaan anak untuk belajar dengan seronok & lebih konfiden melakukan aktiviti harian termasuk berkomunikasi dengan kawan.
Komponen yang akan dinilai adalah termasuk :
Pendekatan adalah menyeluruh dan Holistik dengan mengunakaan potensi setiap pelajar sebagai asas.
Kurikulum diadaptasikan daripada kurikulum antarabangsa dan bertujuan mencari potensi dan kekuatan pelajar. Kurikulum sentiasa dikemaskini agar selari dengan perkembangan Teori dan keperluan setiap individu.
Setiap pelajar akan dinilai oleh Terapis. Pihak terapis dan guru akan berbincang dengan pihak penjaga untuk Rancangan Pendidikan Individu (RPI) mengikut keperluan bagi membantu perkembangan pelajar secara Holistik.
Di NuHa kami percaya akan kepentingan penglibatan aktif Ibu bapa akan dapat membantu proses memberi stimulasi terhadap pelajar. Ibu Bapa amat digalakkan memberi Feedback terhadap Kemajuan pelajar dan bersama-sama melakukan ‘HomePlay’ bersama pelajar di rumah untuk memastikan kelangsungan matlamat RPI tercapai.

Keistimewaan program ini adalah :

Image

Special Education Program

Aktiviti

EXTRA THERAPY disediakan untuk Menyokong Program ini seperti :

  • Reflex & Sensory Integration
  • Brain Gym
  • Play Dough
  • Archery
  • Massive Messy Play
  • Massive Messy Play
  • Aktiviti Vokasional
  • Indoor & Outdoor

2 Jenis Special Education Program

Jenis Kelas Special Education Normal Special Education Intensif
Ratio 1:5 1:3
Kriteria Pelajar Mild to Moderate Memerluan dorongan fizikal yang tinggi. Kesukaran untuk berada dalam kumpulan besar.
Faedah Ratio Kelas Kecil Intervensi mengikut tahap pelajar (Customized Intervention) Perhatian tambahan kepada Pelajar Intervensi mengikut tahap pelajar Customized intervention

Klik Untuk Daftar Sekarang

Kenapa Kami

Modul Utama Nuha

  • Main & Meneroka (2M)
  • Moral & Mengaji (2M)
  • Menulis , Mengira , Membaca (3M)
Image
2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.
Image
Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.
Image
Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00