SOALAN LAZIM NUHA KIDS CARE CENTRE – TERAPI
Terapis akan menjalankan minimum 2 kali Sesi Penilaian Individu (Nuha To Screen) iaitu penilaian perkembangan secara menyeluruh antaranya meliputi perkembangan Motor Halus, Motor Kasar, Refleks, Sosial serta Komunikasi.

Seterusnya, Terapis akan meneruskan dengan Sesi Intervensi (Fun To Move) dan kekerapan sesi intervensi adalah berdasarkan tahap perkembangan anak hasil dapatan dari Sesi Penilaian Individu.
Sesi Penilaian Individu perlu dijalankan minimum sebanyak 2 kali sesi kerana penilaian adalah secara menyeluruh serta meliputi pelbagai komponen perkembangan anak dan tidak dapat dijalankan dalam satu kali sesi sahaja.

Selain itu, Terapis perlu membina ikatan dan kepercayaan dengan anak agar anak lebih selesa dan terbuka apabila bersama dengan Terapis.
Setiap sesi adalah selama 1 jam dan pecahan sesi adalah 45 hingga 50 minit yang pertama adalah Sesi Terapi Individu iaitu sesi Terapis bersama anak dan 10 hingga 15 minit terakhir adalah Sesi Konsultasi Terapis bersama Ibu Bapa.
Ibu Ayah yang berminat untuk mendaftar boleh menghubungi HQ Nuha Kids Care Centre di talian 011-59455552.
Yuran bagi setiap program adalah berbeza. Sila hubungi HQ Nuha Kids Care Centre di talian 011-59455552 untuk keterangan lanjut.
Pembayaran yuran adalah secara atas talian sahaja dan resit akan diberi ke emel yang Ibu Bapa atau Penjaga beri ke pihak HQ.
Terdapat 2 jenis Pakej Sesi Terapi Individu iaitu :
  1. Pakej Kombo 4 kali sesi sebulan
  2. Pakej Kombo 8 kali sesi sebulan
* Slot sesi pakej kombo akan diberi secara bulanan dan slot adalah berdasarkan kepada jadual sesi Terapis. Sebarang perubahan adalah tidak dibenarkan kecuali atas budi bicara pihak HQ bagi kes kecemasan sahaja. Sebarang perubahan sesi akan dikenakan caj.
Kekerapan sesi adalah berdasarkan kepada tahap perkembangan semasa anak anda selepas Sesi Penilaian Individu dijalankan. Terapis akan mencadangkan kekerapan sesi dari semasa ke semasa.
a) Terapis Perkembangan Junior
  • Terapis yang menyertai NuHavengers kurang dari 6 bulan. Terapis berkelayakan dari universiti tempatan & antarabangsa.
b) Terapis Perkembangan
  • Terapis yang telah menyertai NuhaVengers lebih dari 6 bulan hingga 3 tahun. Telah mendapat latihan langsung & tidak langsung dari Konsultan Terapis.
c) Konsultan Terapis dan Terapis Senior
  • Terapis yang berpengalaman lebih dari 10 tahun di persekitaran pediatrik. Pengajar Brain Gym yang diperakui, Ahli Terapi Refleks & pelbagi kaedah lain. Berpengalaman luas dalam persekitaran yang berbeza dari klinik ke sekolah dan mempunyai klien yang terdiri dari bayi hingga dewasa.
Ya, Ibu bapa boleh memilih slot bersama Konsultan Terapis atau Terapis Perkembangan. Slot sesi akan diberi berdasarkan kepada jadual slot setiap Terapis yang berbeza.
Ibu Bapa hanya dibenarkan untuk masuk semasa sesi konsultasi bersama Terapis sahaja. Tetapi, jika pada permulaan sesi, ada anak yang belum bersedia untuk berinteraksi bersama Terapis, maka Ibu bapa dibenarkan bersama-sama pada permulaan sesi sahaja.
Pihak HQ akan menghubungi Ibu Bapa untuk memberi temujanji sesi. Slot sesi adalah berdasarkan kepada jadual sesi Terapis pada setiap minggu.

Untuk slot Pakej Kombo Terapi, slot sesi akan diberi untuk satu bulan pada awal pendaftaran.
Bagi anak-anak yang menangis semasa sesi, kebiasaannya adalah bagi mereka yang mempunyai “Separation Anxiety”, oleh itu hanya seorang sahaja iaitu Ibu atau Bapa sahaja yang dibenarkan untuk berada bersama pada awal sesi.

Apabila anak sudah mula membina kepercayaan bersama Terapis, anak akan lebih mudah ikut serta sepanjang sesi dijalankan. Ibu Bapa juga disarankan untuk memberi kefahaman kepada anak-anak sebelum menghadiri sesi agar mereka lebih mudah dan cepat membina kepercayaan serta berinteraksi bersama Terapis.
Terapi Pertuturan bersama Terapis Pertuturan (Speech Therapist) dilakukan oleh Terapis Pertuturan luar yang akan membuat sesi di Nuha Kids Care Centre, kajang sahaja.

Sebelum menghadir Terapi Pertuturan, anak anda wajib menjalani Sesi Penilaian Individu (Assessment) bersama Terapis Perkembangan terlebih dahulu.

Ini adalah bagi membuat penilaian secara menyeluruh dan memastikan anak anda tidak mempunyai isu-isu yang lain dan menilai tahap kesediaan anak untuk menghadiri sesi terapi pertuturan.
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00