Visi Nuha

Menjadi pilihan utama di Malaysia yang menyediakan platform pendidikan secara holistik bagi keperluan anak istimewa yang berasaskan perkembangan fitrah anak bagi meningkatkan kemandirian diri, keluarga dan masyarakat.
Image

Jumlah Pelajar

0

Misi Nuha

Menyediakan persekitaran berstruktur yang menyeluruh, separuh atau sebahagian untuk kanak-kanak meneroka dengan semua tahap dorongan yang selamat dan kondusif untuk kanak-kanak meneroka.
Menyediakan modul yang bersesuaian dengan tahap kesediaan & keperluan setiap pelajar.
Menyediakan guru intervensi serta guru pendidikan awal yang terlatih dan berkemahiran untuk penyediaan program/modul bersesuaian dengan tahap kesediaan dan keperluan pelajar.
Menyediakan terapis yang terlatih dan berkemahiran untuk penyediaan program/modul bersesuaian dengan tahap kesediaan dan keperluan pelajar.

Shared Values

NURTURE

Memupuk dengan cermat & kasih sayang mengikut fitrah perkembangan anak

UNIQUE

Keunikan setiap anak diraikan & program khusus diberi mengikut potensi anak

HOLISTIC

Memberi pendidikan holistik untuk kemandirian anak

ACTIVE

Pendidik mendidik dengan aktif untuk mendapat kepercayaan & ikatan kasih sayang dengan anak
Kenapa Kami

Modul Utama Nuha

  • Main & Meneroka (2M)
  • Moral & Mengaji (2M)
  • Menulis , Mengira , Membaca (3M)
Image
2M yang pertama adalah asas kepada perkembangan Sensori dan Refleks dimana ketika aktiviti Main & Meneroka , setiap anak diberi peluang untuk bergerak sebanyak mungkin mengikut keperluan & kehendak mereka. Adaptasi diberikan kepada mereka bagi membantu mereka Main & Meneroka di dalam sempadan yang ditetapkan. Selain itu perkembangan lain seperti Kemahiran Motor Kasar , Motor Halus , Persepsi Visual turut diberi rangsangan melalui aktiviti Main & Meneroka yang disediakan.
Image
Dewasa ini ramai anak-anak menghadapi isu untuk memahami nilai-nilai murni serta mengaplikasikan di dalam kehidupan harian. Ramai juga anak-anak yang masih tidak dapat mengawal Tingkah laku dengan teknik positif. Perkembangan 2M yang seterusnya adalah kepada Connection melalui aktiviti Moral & Mengaji. Aktiviti aktivti yang lebih berfokuskan regulasi emosi dan tingkah laku positif akan dapat membantu mematangkan Otak Limbik yang mengawal Tingkah Laku, Memori dan juga Tabiat seseorang. Stimulasi ini amat penting diberi seawal umur 1 sehingga 5 tahun yang membentuk personaliti seseorang.
Image
Menjadi harapan setiap Ibu Bapa anak-anak sukses di dalam Akademik. Rangsangan seterusnya yang menfokuskan rangsangan ke bahagian Neurokorteks di mana rangsangan Akademik dan Kognitif diberi bagi membantu pelajar Menulis , Mengira , Membaca serta lebih berdikari di dalam kehidupan seharian. Perkembangan 3M pelajar akan lebih lancar sekiranya bahagian Otak asas telah diberi rangsangan awalan.
Need help? Let's chat with us!

We are here to help you! Do not hesitate to ask us anything. Click below to start chat.

Customer Support

Customer Service

Online

Customer Service

Hi! Can I assist you 00.00